Assalamualaikum n Selamat Petang
oke diptg yg hening begini..
kak bedah nk share skit la psal resepi apam polkadot
besala ptg mcm2 ni mesti nk mkn mcm kn...perghhh kalu ad pisang goreng,ayaq teh o pnas cicah biskut kering...sodapp niiiii.....
actually dh lma nk kak bedah buat apam ni....heeeee....but bru nk share...alaa senang ja nk baut..tpi renyah skit laa
kak bedah ambik mna resepi ni??..ok dri Pak Cik Google
Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
- 3 biji telur - dari peti sejuk gred A
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus
- 150 ml susu segar @ susu cair
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovalette
- filling - blueberry @ strawberry @ apa2 ikut citarasa
- pewarna
Cara-cara
- masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
- bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
- masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
- picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas - setengah sahaja
- letakkan filling secukupnya ( nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan)
- picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh
- last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan, kemudian kukus selama 10 - 15 minit @ sehingga masak
sedap..nak order 10 bijik boleh kak bedah?
ReplyDelete